Tabung Kahwin. HAHA

Thursday, March 31, 2011

Dalam Bergelak, Ada Airmata; Yang Sedih Mahupun Gembira.

Pernah dengar dalam bahagia ada derita? Yup.. itu kata - kata manusia yang aku tak ketahui mana asal sumbernya. 
Mungkin aku rasa bicara menerusi blog buat sedikit sebanyak gundah di hati berkurangan. Sakit demam, selsema, batuk, sakit kepala ; PAKEJ BUAT KU. Tapi ketahui lah, Allah swt tidak akan menguji hambaNya jika mereka tidak mampu menanggung.
Mungkin wanita asalnya dari tulang rusuk kiri lelaki; betulkan aku jika salah. sebab tak sure.
Tapi bagaimana dengan lelaki? Dapatkah menyayangi wanita itu sebaik mungkin seperti yang ibu bapa mereka lakukan.

Satu demi satu kejadian dan bukti dari Allah SWT jadi depan mata aku. Aku tak buta cuma rabun. Kalau pakai kaca mata pasti jelas. Tapi aku tahu, aku KUAT. Sebab itu Allah SWT uji aku.
Apa yang ibu bapa aku mahukan, aku cuba berusaha, tapi kadang - kadang dan selalunya aku tersadung tanpa perasan batu - batu kecil yang buat aku begitu. Takpe, aku bangun semula, takkan nak merangkak bukan? 
Aku bukan anak kecil untuk merangkak. Harus aku bangun dan terus berlari untuk berusaha.

Semenjak dua menjak, kepala otak aku blank. Emak suruh itu, emak suruh ini. Tapi mak tak pikir jiwa anaknya yang pusing, yang serabut akal. Tapi pintaan ibu apalah yang anak mampu kan?
Sedegil - degil dan sekurang ajar aku, bila umur meningkat aku jadi lemah untuk mengatakan tidak pada emak.
Emak suruh itu. Mulanya aku taknak, tapi bila pikir doa itu cepat termakbul, aku yakin segala yang aku usahakan pasti akan berjaya; semuanya kerna doa ibu. 

Selalu aku berlakon, bersikap tabah depan mak. Tapi aku tahu mak tahu masalah anaknya, gundah anaknya. Cuma tak disuarakan.

Hidup ini ada pasang surutnya. Macam bola, macam roda, berpusing- pusing terkena yang itu jugak. Alah, orang kata karma. Karma. What goes around comes around.

Hurm, sejak 2minggu yang lalu, aku blank selalu. Orang tanya aku blur. Serious aku blur sampaikan semalam waktu aku bawak kereta, aku tak nampak traffic light merah, aku tak nampak orang tengah lintas jalan. Otak aku blank. Terlampau banyak benda aku pikir.. Nasib! Nasib aku tak langgar perempuan tu tapi satu je aku nak cakap walaupun aku salah,

ASAL KO PAKAI SERBA SERBI HITAM DARI KEPALA SAMPAI KAKI tengah - tengah malam ehh? Saja nak tempah maut.

Nasib baik Aza jerit, HASNAAAA!!! ADA ORANG TENGAH MELINTAS! Gulp! Aku sempat elak. 

Nanti aku sambung. Aku tiada kudrat. Aku lemah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Tak Tengok Ni, TakMau Kawan 3 Saat