Tabung Kahwin. HAHA

Wednesday, March 2, 2011

Bersabarlah Sayang, Orang Lain Masih Menyayangi Kita.

Selagi Allah swt panjangkan umur kita, teruskanlah hidup kita. Hidup ini ibarat roda, berpusing - pusing, di atas dan di bawah, sama saja. Tak pernah berubah turutannya. Namun manusia takbur,riak. Mereka fikir mereka lebh berkuasa!

Semoga aku lebih kuat dan tenang menghadapi segala masalah. Hidup kalau tiada permasalahan itu pelik. Manusia tak pernah terkecuali dari masalah. 

Sesungguhnya aku rindukan Mak dan Abah kat rumah. Aku rindu adik kat rumah juga. Aku tertanya - tanya apakah aku yang sekarang ialah aku yang empat tahun dahulu. Segalanya kusut. Segala-galanya.
Mungkin salah silap aku takkan dapat dimaafkan, takpe. Aku akan terus berusaha untuk menjadi manusia lebih baik.



Kadang aku hairan lihat segelintir kelompok manusia yang aku sayang. Terlalu aku menyayangi mereka tapi layanan mereka terhadap aku seumpama hamba abdi. Percayalah wahai pembaca- pembaca blog aku, tiada siapa yang perlu kita sayang melebihi segala - galanya kecuali ibubapa kita, adik kita, keluarga kita. 

Letakkan limitation dalam setiap perhubungan.Macam mana sekalipun sayangnya kita terhadap orang lain, percayalah suatu hari nanti pasti orang itu pasti akan abaikan kita atau tikam kita dari belakang secara sembunyi. Belum cuba belum tahu, setiap kali orang nasihat tak nak dengar. Bila sekali kita dah kena, baru kita tahu macam mana sedihnya hati kita, macam mana kecewanya. Ya Allah, semoga aku bersabar!

Dalam meneruskan hidup, kita perlu kuat. Tabah dalam segalanya. Doa, usaha, ikhtiar dan pengakhirannya bersama tawakal. Sesungguhnya Allah swt maha Adil dan saksama. Maha pengampun lagi maha pengasihani.

Tabahlah aku. Aku perlu ruang hidup yang aman. Kuatkanlah hati aku ya Allah swt. Semoga kesabaran dan ketabahan beraja di hati aku.

Aku takut dengan amarah yang aku ada. Tak terlawan dek diriku sendiri kerana amarah itu jika beraja di hati pasti aku kecundang dalam tidak sedar. 

Ingatkanlah diriku, setiap kali apa yang aku lakukan, ingat Mak dgn Abah yang banyak berkorban untuk aku kat rumah. Tanpa mereka aku tak sampai ke tahap ini. 

InsyaAllah... semoga aku berjaya hidup di dunia dan di akhirat kelak. Semoga aku mendapat syafaat dari Rasulullah saw. dan semoga ibubapa dan keluarga aku bahagia di dunia dan di akhirat kelak. AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Tak Tengok Ni, TakMau Kawan 3 Saat